Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya
berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi
pelancongan, kebudayaan & warisan negara. Malaysia kaya dengan
pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi & telah mewujudkan
kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan & makanan. Dengan
kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum
rakyat Malaysia.