23 Jun 2016

Sokong Produk Pelancongan Tempatan


Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan & warisan negara. Malaysia kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi & telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan & makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia.