16 Nov 2017

Tun Sakaran Marine Park


Tun Sakaran Marine Park mempunyai beberapa pulau yang kerap dikunjungi & mempunyai tarikan tersendiri. Antaranya :

Pulau Sibuan adalah pulau kedua popular di kepulauan Tun Sakaran Marine Park selepas Pulau Bohey Dulang. Pulau ini mempunyai pantai yg putih mulus dan air yg jernih sehinggakan digelar Maldives Malaysia. Pulau ini dijaga oleh pasukan keselamatan dan staff Sabah Park disini. Terdapat juga 11 keluarga Bajau Laut menghuni disini.

Pulau Mantabuan adalah salah satu pulau di kepulauan Tun Sakaran Marine Park. 🐋Pulau ini sangat kaya dgn coral dan antara dive site terbaik disini. Tiada penduduk tempatan yg tinggal disini. Yang ada hanya beberapa keluarga Bajau Laut, Staff Sabah Park dan PGA.

Pulau Maiga juga adalah salah satu pulau di kepulauan Tun Sakaran Marine Park. 🐋Pulau ini sebenarnya sangat menarik cuma kurang dikunjungi pelancong. Tiada pasukan keselamatan dan staff Sabah Park disini. Disebelah timur, dihuni oleh 22 keluarga Bajau Laut manakala dibahagian Selatan dihuni oleh beberapa keluarga Kaum Sulu.