Daerah Semporna dikunjungi pelancong luar dan dalam Negara sepanjang
tahun dan waktu kemuncak kemasukan pelancong adalah pada bulan April
kerana bulan ini diadakan Pesta Regatta Lepa. Regatta Lepa adalah pesta
air yang memaparkan keunikan budaya masyarakat Semporna. Acara yang
paling menarik perhatian adalah perarakan perahu lepa yang dihiasi
'Sambulayang, tipas-tipas dan panji-panji'
Pulau Bohey Dulang adalah salah satu tempat yang tinggi di Semporna yang sinonim dengan aktiviti mendaki. Pemandangan dari atas bukit Bohey Dulang paling menarik perhatian pelancong kerana keindahannya.