30 May 2016

Terima Kasih Esscom


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ESSCOM dan Agensi Keselamatan yang lain kerana memastikan Keselamatan Pengunjung dan Penduduk Setempat. Mereka bertungkus-lumus menjaga perairan Sabah dari dicerobohi pihak luar.
Peningkatan jumlah pelancong cukup membuktikan bahawa keselamatan ESSZONE adalah selamat dan secara tidak langsung ekonomi dalam sektor pelancongan di Sabah akan terus meningkat. Insyaallah..

18 Apr 2016

Regatta Lepa


Regatta Lepa merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.
LEPA dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

19 Mar 2016

Mabul Exploration


Mabul & pulau sekitar tiada musim tengkujuh, monsun & sebagainya. Dibuka sepanjang tahun. Rancang percutian 2016-17 anda sekarang. 

Khidmat nasihat & pertanyaan mengenai aktiviti yang boleh dilakukan adalah percuma. Whatsapp +60173068622

11 Feb 2016

Bohey Dulang Island Exploration


Bohey Dulang is located 23 km northwest of Semporna in the Sulu sea, within the Tun Sakaran Marine Park. Bohey Dulang is of volcanic origin and is mostly mountainous. The island is surrounded by a coral reef and crystal clear seawaters. On the western side of the island there is a jetty which leads to some buildings dedicated to marine biology research. It requires about 45 minutes trekking on a small path to get to a viewpoint on top of the island with nice views of the nearby islands. For island exploration, hiking, photography & guide service please contact +60173068622

13 Jan 2016

Pulau Sipadan


Tahukah anda?
Pulau Sipadan di Sabah nampak seperti sebuah pulau biasa yang terdapat di Malaysia, namun tahukah anda bahawa pulau ini telah terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada sebuah gunung berapi di dasar laut ? Ini menjadikan pulau Sipadan sangat unik karena sebagai satu-satunya pulau di Malaysia yang bersifat demikian. Pada tahun 2009, pulau Sipadan telah tercatat sebagai peringkat ke 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik di dunia menurut undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature Votes Committee.
Di sekitar perairan Sipadan, para penyelam akan pasti dapat melihat Penyu Agar dan Penyu Karah yang membiak di dalam air sebelum penyu betina mendarat untuk bertelur di pantai yang berpasir putih. Ikan Alu-alu (Baracuda) dan Ikan Selar yang bergerak dalam bentuk formasi seolah-olah sebuah puting beliung yang dapat langsung disaksikan oleh para penyelam. Selain daripada itu, terdapat sebuah kubur penyu dalam air yang penuh misteri di tepi pulau Sipadan. Terbentuk daripada sebuah gua batu kapur dalam air, dan memiliki serangkaian terowong yang mengandung banyak jasad rangka penyu yang tersesat lalu mati lemas. Antara kawasan-kawasan popular untuk para penyelam dan pengunjung di sekitar Sipadan adalah Barracuda Point, Gua Penyu, Coral Ardens Drop Off, North Point, Wets Ridge, taman-taman tergantung, Lobster Lair, Batu Karang Tengah dan sebagainya.

Pulau Sipadan merupakan sebuah yang di gambarkan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia' oleh mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia, sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia. Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Pulau Sipadan ialah sebuah gunung berapi mati dan apa yang anda lihat 'sebuah pulau' sebenarnya merupakan kon gunung berapi tersebut. Setelah mengalami evolusi beribu-ribu tahun, kini diatas pulau Sipadan terdapat hutan dan belukar yang agak padat dengan pohon-pohon kayu dan kelapa yang tinggi. Di bawah pulau Sipadan pula terdapat taman tergantung, dinding-dinding yang dipenuhi karang laut, gua bawah air, padang pasir dan terumbu karang yang padat. Disebabkan inilah laut Pulau Sipadan dipenuhi dengan haiwan-haiwan pelagic yang bersaiz gergasi, penyu-penyu yang bergerak bebas dan kesemua haiwan ini dapat anda saksikan berenang dalam kumpulan-kumpulan yang besar!
Kedudukan geografinya yang terletak dalam kawasan biodiversiti marin yang paling kaya di dunia menjadikan pulau ini popular dengan keunikan dna keindahannya. Tiada tempat lain di dunia yang menawarkan diversiti seperti ini, dan para penyelidik dari seluruh dunia kerap menemukan spesies-spesies baru apabila menjelajah kawasan baru di pulau ini.

Pulau Sipadan terletak dalam daerah Semporna, berhampiran dengan daerah Tawau, Sabah. Untuk pergi ke Pulau Sipadan anda perlu mendarat di Lapangan Terbang Tawau dan kemudiannya bergerak dengan kenderaan menuju ke daerah Semporna dalam masa 1jam 20 minit.
Dari jeti-jeti pelancong di pekan Semporna, anda perlu menaiki bot dan perjalanan akan memakan masa lebih-kurang 1jam 15minit lagi. Biasanya pelancong tidak akan terus ke Pulau Sipadan, sebaliknya akan mendarat di Pulau Mabul kerana tidak ada walau sebuah resort pun yang beroperasi di Sipadan. Kesemua resort-resort peranginan telah diarahkan untuk berpindah ke Pulau Mabul sejak tahun 2005 lagi. Kini, pulau Sipadan hanyalah sebuah santuari marin yang ditadbir sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara dan Lembaga Taman-Taman Sabah.

Taman Negara Pulau Sipadan ialah 3 gugusan pulau yang berada berhampiran dengan Sipadan. Pulau-pulau tersebut ialah Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Sipadan. Kapalai terkenal dengan keadaan geografinya iaitu sebuah 'pulau yang telah tenggelam' dan diatasnya hanya didirikan satu resort mewah iaitu Kapalai Dive Resort manakala Pulau Mabul merupakan syurga 'Muck-diving' dunia yang menawarkan spesis macro-marin yang unik dan berwarna-warni.

24 Dec 2015

Lato Lato Resort


Lato Lato Resort is the only resort that has a panoramic Tun Sakaran Marine Park. Built on stilts on top of corals in the shallow waters off the coast of Semporna, Malaysia.

Website = www.latolatoresort.com
Facebook = www.facebook.com/latolatoresort

12 Nov 2015

Tips Mendapatkan Tiket Murah Promosi Airasia


Disini kami nak kongsikan beberapa tips utk semua disini bagaimana nak grab harga tiket murah/tiket promo dari AirAsia.
1. Sign in kat sini terlebih dahulu..
http://www.airasia.com/my/en/home.page
2. Sentiasa alert dgn sebarang promo dari AirAsia dan AirAsia X.
3. Tidak semua promo AirAsia ni dipaparkan kat laman web dia. Kekadang dia hantar email dan kekadang juga dicuma post kat wall fb AirAsia. Jgn lupa LIKE fb mereka.
4. Biasanya promo2 AirAsia ni bermula pada setiap hari ISNIN.
5. Kalau sapa2 nak cari promo/tiket murah utk AirAsia X, cari masa promo AirAsia X bukannya time promo AirAsia. Selalunya akan dapat harga yg lebih murah.
6. Pastikan anda dah menyediakan tarikh perjalanan pergi dan balik. Kalau boleh buat 2 atau 3 waktu travel date korang semua. Sekiranya travel date plan A tak menjadi, korang boleh skip dan tukar kepada Plan B pulak.
7. Bila korang dah berjaya masuk ke paparan bagi book tiket, korang cuma ada masa selama 10 minit utk fill detail penerbangan korang. Buat dgn teliti tetapi pantas. Jangan sesekali silap typo nama korang semasa sedang book tiket. Korang boleh skip terlebih dahulu utk pilih seat, bagasi dan makanan.
8. Payment guna Credit card lebih pantas berbanding Debit. Stanby CC mastercard dan visa skali. Melalui pengalaman kami, CC Visa lebih senang nak proceed berbanding CC master terutama sekali bila time promo besar.
9. Happy Hunting