31 Oct 2016

Selamat Datang Ke Tawau


Tahukah anda..

Buat masa ini, MAS menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau dengan harga Rm154.75 sahaja. & dari Kota Kinabalu ke Tawau dengan harga Rm100.70 sahaja. Pihak MAS menyediakan skrin di tempat duduk & makanan secara percuma. Tempah tiket anda sekarang.

14 Sept 2016

Rumahku Syurgaku


Di 3 buah perahu inilah 3 keluarga Bajau Laut berlindung dari panas, hujan, ribut dikala siang dan malam. Disinilah ruang tamu, ruang tidur, ruang dapur ataupun bilik air mereka. Disinilah setiap keluarga meneruskan kehidupan. Datok, nenek, ayah, ibu, anak, cucu semuanya disini. Setiap perahu dihuni diantara 8 hingga 12 orang. Lawati & selami pengalaman hidup mereka.

24 Aug 2016

Keselamatan & Keselesaan Anda Keutamaan Kami


Isu keselamatan di perairan Sabah bukanlah isu untuk diviralkan sesuka hati kita. Pastikan sumber info itu sah, bukan main share sahaja. Tanya betul betul masyarakat tempatan yang tinggal di laut setiap hari bukan yang duduk dalam pejabat aircond di bandar. Sesiapa yang tak pernah jejak kaki tu lebih baik diam dari menyebarkan fitnah dan kegusaran masyarakat.

Antara soalan yg biasa kami terima adalah "adakah pulau ini selamat?" Yang lebih sadisnya soalan itu datangnya dari rakyat Malaysia sendiri dan bukan pelancong asing. Kalau korang tidak percaya selamat atau tidak, tanyalah abang amy sendiri. Phewiiit...

19 Jul 2016

Untouched Islands


Semporna is located at the Southeast of Sabah, Malaysia. There are many unnamed beautiful islands in the surrounding area. These almost untouched islands not even found in Google Earth. This is the place where photographer must not missed. The pictures taken in Semporna have won many prizes in international photo contests and awards. This is a favorite photography spot for many famous photographer around the world.

23 Jun 2016

Sokong Produk Pelancongan Tempatan


Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan & warisan negara. Malaysia kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi & telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan & makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia.

30 May 2016

Terima Kasih Esscom


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ESSCOM dan Agensi Keselamatan yang lain kerana memastikan Keselamatan Pengunjung dan Penduduk Setempat. Mereka bertungkus-lumus menjaga perairan Sabah dari dicerobohi pihak luar.
Peningkatan jumlah pelancong cukup membuktikan bahawa keselamatan ESSZONE adalah selamat dan secara tidak langsung ekonomi dalam sektor pelancongan di Sabah akan terus meningkat. Insyaallah..

18 Apr 2016

Regatta Lepa


Regatta Lepa merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.
LEPA dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.