Semporna terkenal dengan perairannya yang cantik. Kepelbagaian batu
karang dan hidupan marin yang unik menjadikannya sebagai pusat
perlancongan bertaraf dunia. Pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul,
Kapalai, dan Mataking tidak asing lagi bagi pelancong yang suka
melakukan aktiviti ‘Scuba Diving’. Selain itu, terdapat banyak lagi
pulau-pulau yang semakin melonjak popularitinya seperti Sibuan, Bohey
Dulang, Pom-Pom, Maiga dan banyak lagi yang dikenali kerana keindahan
dan keunikan
dasar laut dan pantainya yang memutih.
Daerah Semporna dikunjungi pelancong luar dan dalam Negara sepanjang
tahun dan waktu kemuncak kemasukan pelancong adalah pada bulan April
kerana bulan ini diadakan Pesta Regatta Lepa. Regatta Lepa adalah pesta
air yang memaparkan keunikan budaya masyarakat Semporna. Acara yang
paling menarik perhatian adalah perarakan perahu lepa yang dihiasi
'Sambulayang, tipas-tipas dan panji-panji'
Pulau Bohey Dulang
adalah salah satu tempat yang tinggi di Semporna yang sinonim dengan
aktiviti mendaki. Pemandangan dari atas bukit Bohey Dulang paling
menarik perhatian pelancong kerana keindahannya.